Monday, June 2, 2008

Slot Nisa' dalam KPRI 2008

Serentak dengan Kem Perkaderan Remaja Islam 2008 yang berlangsung di Lata Belatan pada 29-31 Mei baru-baru ini, satu slot khas untuk Nisa' Terengganu diadakan pada 30 Mei 2008, jam 12 tengahari hingga 2 petang. Pengisian program dimulakan dengan zikir munajat diketuai oleh Kak Yanie dari Nisa' Paka. Sungguh syahdu apabila melihat air mata adik-adik hasil dari sentuhan hati adik-adik ini yang dilembutkan dengan zikrullah dan munajat mengingati kelemahan diri di hadapan Allah SWT.

Antara yang tersentuh hati...

Zikir Munajat dipimpin Kak Yanie

Zikrullah...

Selepas berzikir mengingati Allah SWT, Kak Najjah dari Nisa' Pengkalan Berangan mengambil alih dengan soft-discipline iaitu sesi untuk memberi peringatan dan membentuk kefahaman mengenai konsep menutup aurat dalam Islam sambil diselang-seli dengan tayangan slide mengenai Pemakaian Muslimah Masa Kini.

Persoalan Aurat

Selepas memastikan sebarang persoalan dan kemusykilan mengenai aurat terjawab, slot diteruskan dengan tayangan Montaj Nisa' Malaysia, Nisa' Terengganu dan Video"An Evening With Hijjabed" oleh Kak Baity dari Nisa' Terengganu. Sesungguhnya, slot 2 jam yang dikhaskan ini serasa tidak mencukupi untuk bersama adik-adik Nisa'. Kami mengharapkan agar adik-adik gembira bersama kami sepanjang 3 hari berprogram...

Menonton Montaj...


Pada malam terakhir program, urusetia program yang terdiri dari AJK-AJK Nisa' Negeri Terengganu membuat persembahan khas untuk adik-adik iaitu bacaan sajak yang diketuai oleh Kak Najjah. Sajak dicipta khas itu telah membuatkan adik-adik rasa terharu hingga mengalirkan air mata.

Duhai sayang adikku sayang,
Tika detik ini, fikiranku melayang,
Fikirkan semalam yang berlalu,
Hari ini akan melabuh tirainya
Dan esok yang pasti hadir.

Bayangan kalian terbayang di mataku...
Saat kalian tiba di destinasi ini...
Entah gembira...
Entah sedih...
Entah takut...
Entah terpaksa dan dipaksa...
Percayalah sayang, akak faham kalian...
Yakinlah inilah kenangan terindah antara kita...
Walau seketika kehadiranku dalam hidupmu...
Kerana amanat perjuangan demi Islam...
Ku sampaikan yang terbaik untuk kalian

Maafkan daku sayang...
Andai teguranku berbisa...
Mengguris hatimu,
Andai bicaraku terkasar bahasa...
Andai perbuatanku tidak berkenan di matamu...
Semua ku lakukan demimu dik...
Ku bekalkan sedkit ilmu kehidupan

Sayangku
Saat perpisahan kita hampir tiba
Dan malam ini
Berjanjilah pada dirimu
Katakan hari ini
Aku bukan wanita biasa-biasa
Tapi aku NISA'... PENGHUBUNG GENERASI MUDA...

[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB