Tuesday, June 30, 2009

Tragis...


Astaghfirullah a'azim... astaghfirullah...
Ya Allah... jangan dibebankan kami dengan bebanan yang berat, seperti yang telah Engkau timpakan ke atas umat terdahulu sebelum kami... Ampunkanlah dosa-dosa kami, Ya Allah...


Petikan berita Harian Metro hari ini...

Tragedi Di Asrama UTM

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat men
genainya.


3N : Pengajaran buat kita semua... Pengajaran yang memerlukan satu tindakan...
[Paparan penuh di sini]

Update Gambar Cakna Keluarga

Update gambar Hari Cakna Keluarga Nisa' di sini... atau klik Galeri Nisa' di atas...
[Paparan penuh di sini]

Friday, June 26, 2009

Gambar Sekitar Cakna Keluarga

Crew 3N membawakan gambar-gambar sekitar Program Cakna Keluarga Nisa' Kawasan Kuala Terengganu yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada 26 Jun 2009, Jumaat di Pantai Pandak Chendering.

Ni baru sikit tau...


Snake n Ladder di Padang A...


Head band hijau ialah Nisa' DUN Wakaf Mempelam


Isi air dalam botol di Padang B


AJK Nisa' DUN Wakaf Mempelam sedang mengendalikan permainan


Baldi siapakah semuanya ini?


Kak Ani di samping hadiah-hadiah cabutan bertuah


Gaya ahli keluarga Nisa' DUN Ladang


Ikatan Kasih


Haduiii... kasihnya kita berlari-larian...


Ni larian kasih tak balance...hehe...
Nisa' DUN Batu Buruk dengan warna temanya MERAH


Guane pemalu belaka awok Ladang ni?


Setia memberi sokongan


Khemah Nisa' DUN Batu Buruk


Khemah Nisa' DUN Wakaf Mempelam


Khemah Nisa' DUN Bandar


Dok tahu ni acara nape? Pertandingan minum sesama anok beranok kot...


Ketua Nisa' DUN Wakaf Mempelam memberi taklimat...


Nok gi ngail...


Ngail ikan kering tuuu...


Payoh jugok nok 'mmakang...


Huhu... pakai kait tangan doh ning...


Juri meneliti...

Kamon dik...

Kita main air pulok...


Test jap...

Menunggu giliran...

Lagi gambar akan diupdate... tunggu...
[Paparan penuh di sini]

Tuesday, June 23, 2009

Cakna Keluarga

Klik untuk besarkan

Dijemput semua ahli Nisa' Terengganu hadir ke Program Cakna Keluarga Nisa' Kawasan Kuala Terengganu. Dijangka sambutan amat meriah dengan pelbagai permainan untuk peserta berdaftar DUN dan walk-in. Jom!Jom!

Program yang hampir berbentuk karnival ini akan dirasmikan oleh ADUN Batu Burok, YBM Dr. Syed Azman dan penutup oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Hj. Mohd Abd. Wahid Endut. Datanglah bersama keluarga ye...
[Paparan penuh di sini]

Monday, June 22, 2009

Road Show Nisa' DUN Wakaf Mempelam

Gambar-gambar sekitar Road Show Nisa' DUN Wakaf Mempelam yang diadakan pada 19 Jun 2009 (Jumaat), jam 3 petang di PASTI Pintar, Losong. Alhamdulillah... selesai.


Tuan Tempat - Kak Nora



Persembahan Nasyid


Penerangan road show dari Timbalan Ketua Nisa' Negeri Terengganu dan Ketua UPI


Satu-satunya peserta lelaki - Muaz... tido...



Cenderamata, terima kasih...
[Paparan penuh di sini]

Saturday, June 20, 2009

Jom Masak weyh...


Berita panas dari dapur Nisa'... :)

Nisa' Negeri Terengganu telah dijemput untuk menghantar penyertaan ke Pertandingan Masakan Produk Adabi yang dianjurkan oleh Sabasun dan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pertandingan tersebut akan diadakan pada 23 Jun 2009 (Selasa) ini bertempat di Sabasun HyperRuncit, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 pagi.

InsyaAllah, Nisa' Terengganu akan menghantar tiga pasukan iaitu Nisa' Kuala Terengganu, Nisa' Marang dan Nisa' Kuala Nerus. Pengunjung dijemput hadir memberi sokongan... heheh...
Mari kita tengok siapa paling best...!
[Paparan penuh di sini]

Sunday, June 14, 2009

Jadilah sebahagian dari kami...

[Paparan penuh di sini]

Saturday, June 13, 2009

Brainstorming Nisa' Terengganu


Alhamdulillah, Nisa' Terengganu telah selesai mengadakan brainstorming dan pelantikan jawatankuasa baru bagi sesi 2009-2011. Sesi tersebut telah dilaksanakan pada 11 - 12 Jun 2009 bertempat di AF Homestay, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

Sesi dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan pengisian nurani oleh Cg. Hajjah Safinah Jusoh (Ketua DMPNT) dan diteruskan dengan ice-breaking yang tersangat ceria. Selesai sesi yang dimoderatorkan oleh Ayu yang lincah, Ketua Nisa' Terengganu memberi penerangan mengenai Sistem Keahlian Online dan SWOT Nisa' Terengganu mengikut kumpulan.

Pagi 12 Jun 2009 dimulakan dengan qiamullail dan solat subuh berjemaah, dan sekali lagi Ayu menggamatkan homestay dengan riadah sukaneka. Pembentangan SWOT Nisa' Terengganu dikendalikan oleh Hajjah Zaroni Othman (Naib DMPNT) dan slot terakhir ialah brainstorming aktiviti sebelum solat Asar berjemaah dan salam wida'.

(Dukacita dimaklumkan, 3N tidak akan publish gambar program sebab macam sesi Pillow-Talk pulak, memandangkan dibuat dalaman, maka pakaian pun, macam nak tido la...hehe...)

Terima kasih diucapkan kepada Nisa' Kawasan Kuala Terengganu, Nisa' Kawasan Hulu Terengganu, Nisa' Kawasan Setiu dan Nisa' Kawasan Marang yang telah hadir memberikan komitmen. Kepada Nisa' kawasan lain yang tidak hadir, kami harapkan agar dapat menghubungi Ketua atau Setiausaha Nisa' Terengganu bagi mendapatkan fail serahan nota bagi sesi kali ini.

Organisasi baru Nisa' Terengganu adalah seperti di kolum sebelah.
Sempena dengan perlantikan baru Team 3N ini juga, admin mengalu-alukan sebarang cadangan dari pengunjung blog ini untuk penambahbaikan gerakerja Nisa' Terengganu, meliputi Unit Pembangunan Insan (UPI), Unit Khidmat & Kaunseling (UKK), Unit Unit Kerjaya (UKJ) dan Nisa' News Network (3N).

Stay tuned with us!
[Paparan penuh di sini]

Thursday, June 11, 2009

Mawaddah : Satukan Hati Nisa' Dungun

Nisa' Kawasan Dungun telah berjaya menganjurkan program untuk mengumpulkan ahli-ahli Nisa' baru dan lama pada 30 Mei 2009, Sabtu, bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pameran dan jualan, pendaftaran terbuka, tayangan multimedia dan ukhwah games.

Tengoklah gambar, macam best je...

















































































































































































Berita asal di sini... dan sepatutnya di sini... (eh... 3N Dungun... update, jangan tak update)...

@lol@kembar@blink
[Paparan penuh di sini]
 

©2009 . | by TNB