Tuesday, May 4, 2010

Suara Nisa' Negeri Terengganu

Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu, Nisa' Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, bertempat di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, Kuala Terengganu.

Pendaftaran dimulakan pada jam 7.30 pagi dan majlis diberkahi dengan sesi sharing bersama Ustaz Fauzi Yusof, Pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia. Kelihatan pada awalnya semua peserta sudah tidak sabar-sabar hendak beraksi dan kemudian tertarik dengan pengisian dari pentazkirah jemputan.

Sebaik sahaja selesai slot bersama satu-satunya lelaki dalam dewan, selaras dengan penekanan program Nisa' yang menekankan keseronokan seiring keimanan, pertandingan pun dimulakan.

Keputusan pertandingan kategori berkumpulan;
1) Kumpulan Al-Wahida
2) Kumpulan As-Syuhada
3) Kumpulan Nurul Iman

Keputusan pertandingan kategori solo;
1) Fadilah Ramly (Dungun)
2) Ummu aiman suhaimi (Kuala Terengganu)
3) Nabilah Mohamad (Walk-In)

Johan dari setiap kategori akan berentap dalam Pertandingan Aura Ungu pada 21 dan 22 Mei 2010 di Kompleks Budaya dan Kesenian, Shah Alam.


Pendaftaran dibuka...

Slot sharing bersama Ustaz Fauzi Yusoh


Remaja dan Muzik Dalam Islam


Hadirin penonton


OK, dah nak mula...perempuan je boleh masuk tau.


Persembahan pertama: Fatimah Az-Zahra


Eh, sempat lagi cabutan bertuah


Walk-in ni...


Pemenang tempat kedua kategori berkumpulan


Nasyid jihad dari Besut. Mantap semuanya!




Rappers Nasyidees....




Pemenang tempat ketiga


Johan




Juri yang adil


Makan time!


OK, start kategori solo pula...



Nyanyi lagu Ukays "Bila Diri Disayangi" & "Kita Akan Dijemput"


Pemenang tempat Ketiga, Nabilah Mohamad dengan
lagu Siti Nurhaliza "Nirmala" dan "Mahligai Permata"



Pemenang tempat kedua-Ummu Aiman



Juara Kategori Solo dengan lagu lama. Pitching mantap!





MC yang ceria sokmo!





Urusetia dan pemenang bergambar


Post-mortem selepas program di Restoran De Peladang... hehe...
8 radix kosong panas dan 7 radix ais. Kita makan keropok pulak!




Shah Alam!!! Wait for Us!!!

0 komen diterima:

Post a Comment

 

©2009 . | by TNB